Wednesday, March 26, 2014


Daging Black Pepper Halia




Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg daging - dihiris nipis
3 batang kacang panjang - dipotong dalam ukuran 2 inci
1 batang lobak merah- dihiris memanjang
1 labu bawang besar - dimayang
2 ulas bawang putih - diketuk
2 tangkai lada besar - dipotong 3
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan perap
1/2 inci halia -ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
2 sudu besar lada hitam - dikisar
1 sudu besar gula - untuk melembutkan daging

Cara-cara
Perap daging bersama bahan perap selama 3 jam.

Apabila daging dah perap panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan bawang besar yang telah dimayang dan lada besar hiris.

Kemudian apabila dah naik bau masukkan daging yang telah diperap dan gaul hingga rata hingga daging menjadi putih.

Apabila daging menjadi putih masukkan satu cawan air dan tutup selama 10 minit/daging empuk.

Bila daging dah empuk masukkan sos cili serta kicap manis dan gaul hingga rata.

Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan apabila kuah dah pekat boleh matikan api.

Rasa daging ini sangat sedap sebab ia serap bahan perap dan dagingnya menjadi lembut. Elakkan meletak garam semasa perap dan hiris daging dengan ira memanjang untuk melembutkan daging. Selamat mencuba.


sumber daging sedap



Tuesday, March 25, 2014



Ayam oren goreng




Ayam goreng rangup


Bahan-bahan ( 4 orang )
8 ketul kepak ayam
*Bahan A *
1/2 cawan yogurt
1/2 jus oren
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk cili - boleh tambah kalau nak lagi pedas
* Bahan B *
tepung gandum secukupnya
2 biji oren
Italian parsley secukupnya
minyak untuk menggoreng